Archive for KENANGAN UMRAH 2009

Dari Malaysia ke Madinah Munawwarah

Mengerjakan umrah dan ziarah kedua-dua bandar suci sudah menjadi idaman dan impian saya bersama isteri sejak sekian lama. Impian ini terlaksana bila saya ditawarkan oleh syarikat / agen umrah Putra Nilai Holiday Sdn. Bhd. dari Batu Cave, Selangor yang mana kebetulan pengarah urusannya Tuan Hj Razali adalah merupakan rakan sepengajian semasa kami sama-sama belajar di SMU Maahad Muhammadi tahun 1985 dulu di tingkatan 6 .

Catatan dan paparan ini bukan bertujuan untuk menunjuk-menunjuk kepada pihak lain tetapi ianya sekadar memori indah kami sekeluarga dan untuk berkongsi maklumat dengan pembaca yang lain. Saya sediri pada asalnya menyimpan hasrat mengerjakan umrah ini bila membaca sorotan pengalaman dalam blog-blog orang lain. Bila melihat catatan mereka dan foto-foto mereka saya amat teruja dan berdoa alangkah baiknya jika aku juga mendapat peluang seperti mereka. Mudah-mudahan ada insan lain yang terbuka hatinya bila melihat catatan saya ini. Insya Allah

Perjalanan kami bermula pada 30hb Mei 2009 ( Sabtu ) . Kami bertolak dari KLIA jam 1.30 petang ke Jeddah melalui Pesawat PIA ( Pakistan ). Rombongan kami transit di Karachi selama 2 jam dan meneruskan perjalanan ke Jeddah semula jam 7.20 malam dan kami sampai di Jeddah jam 9.30. Dan perjalanan dengan bas dari Jeddah ke Madinah selama 8 jam ( jara lebih kurang 430 km ). akhirnya kami sampai di Kota Madinah Jam 5.00 pagi ( ahad 31Mei 2009 ) .

IMG_1715

Di KLIA sebelum menaiuki pesawat PIA ke Jeddah

IMG_1728

Bersama isteri dalam pesawat penerbangan ke Jeddah

IMG_1752

Rombongan kami sampai di Hotel Harm Madinah jam 5.20 pagi

IMG_1844

Apabila sampai rombongan kami terus dibawa ke Masjid Nabawi Untuk solat subuh. Semasa kali pertama melihat masjid Nabawi saya amat terpegun akan keindahannya. Rasa terharu hingga mengalirkan airmata dan merasakan seakan-akan tidak percaya saya ketika itu berada di hadapan Masjid Nabawi yang menjadi impian selama ini. Ketika itu saya bertanya pada diri apakah yang aku lihat ini betul atau aku sekadar melihar gambar fotonya. Tambahan pula ketika itu cuaca pagi yang cerah dan bercahaya indah. ( seperti foto di atas )

IMG_1769

Us. Razali ( Pengarah Program ) membawa jemaah melawat sekitar Masjid Nabawi

IMG_1852

di hadapan pintu Masjid Nabawi

IMG_0048

Payung Masjid Nabawi sebelum terbuka

IMG_1764

Pasung Masjid Nabawi setelah terbuka

IMG_1761

Dihadapan Raudhah Masjid Nabawi

Comments (2) »

Lawatan Sekitar Madinah

IMG_0052

Hotel Harm Madinah tempat rombongan kami menginap. Jaraknya hanya lebih kurang 100 meter dari Masjid Nabawi

IMG_1775

Bandaraya madinan bersih dan selamat

IMG_1776

Bersih dan kemas. Tiada sehelai kertas pun di sekitar bangunannya.
IMG_1785

Sukar untuk melihat tanah di bandar Madinah kerana semuanya dipasang seramik

IMG_1853

Bandar Madinah terang dan bercahaya walaupun disebelah malam sesuai sekali dengan namanya

IMG_1936

Air zam zam ada di mana-mana sekitar masjid Nabawi

IMG_1940

KFC pun ada di sekitar Masjid Nabawi

IMG_1784

Deretan kedai di bawah hotel

IMG_1781

Jualan secara haram ( tiada lesen kebenaran dari pihak berkuasa ) juga ada disekitar lorong-lorong bandar madinah, tetapi mereka ini akan bertempiaran lari bila diserbu oleh pihak bandaran Madinah.

IMG_1817

Kedai pakaian jubah adalah paling banyak di sekitar Madinah

Leave a comment »

UMRAH

IMG_0062

Bersama Ustaz Hj Saifuddin ( Mutawwif ) dan Us. Razali ( Pengarah Putra Nilai )

IMG_0081

Jemaah umrah

IMG_0059

Bersiap sedia ke Masjidil Haram untuk Mengerjakan umrah. ( Berada di masjid Bir Ali )

IMG_0075

Kali pertama tiba di Masjidil Haram

IMG_0197

Selepas solat subuh

IMG_0203

selepas solat zohor

Leave a comment »

SUASANA SELEPAS SOLAT

Untuk mendapat tempat dalam Masjidil Haram atau hadapan Kaabah kita mesti hadir sejam lebih awal terutama sekali solat subuh. Semasa solat jumaat suasana dalam masjidil haram telah penuh jam 11.00 pagi sedangkan waktu zohornya ialah jam 12.33 tengahari.

IMG_0126

Suasana lepas solat asar jam 4.24 bertarikh 3 Jun 2009

zohor

Suasana pulang dari solat zohor

IMG_0190

Comments (1) »

MEMORI DI MAKKAH AL MUKARRAMAH

GUA THUR
gUA tHUR

Dikaki bukit Gua Thur tempat Rasululullah s.a.w dan saidina Abu Bakar bersembunyi semasa hijarah ke Madinah

IMG_0136
Gua Thur yang terdapat di puncak bukit tempat persembunyian nabi bersama Abu Bakar .Ketinggian Jabal Thur lebih 3000kaki. Dapatkah kita bayangkan bagaimana Asma’ binti Abu Bakar mendaki bukit menghantar makanan kepada nabi dan ayahnya semasa tempoh persembunyian. ( Dikatakan 1 minggu )

JABAL RAHMAH

jabal rahmah

Jabl Rahmah tempat pertemuan nabi Adam dan Hawa. Ramai pengunjung hadir ke bukit ini untuk berdoa untuk pasangan masing-masing

puncak jabal rahmah

Berada di puncak Jabal Rahmah.

IMG_0166

Bersama Dato’ Hassan Din Al Hafiz mantan Imam Besar Masjid Negara di Jabal Rahmah

JABAL NUR

IMG_0140

Jabal Nur ( Bukit Cahaya ) adalah tempat Rasulullah s.a.w. berkhalwah selama 40 hari sebelum datangnya jibril untuk membawa wahyu.

IMG_0141

Baginda s.a.w kerap memencilkan diri di Gua Hira’ yang
terletak di Jabal Nur di Mekah untuk berfikir dan bertadabbur. Mengikut siri
Jejak Rasul, ketinggian Jabal Nur 2500kaki . Dapat dibayangkan bagaimana susahnya isteri nabi Siti Khadijah yang menghantar makanan kepada nabi setiap kali nabi kehabisan bekalan makan.

IMG_0218

Bersama Pak Ku semasa mendaki Jabal Nur di waktu malam. Yang anehnya keadaan atas bukit jabal Nur ini terang benderang sehingga pasir dan batunya dapat dilihat dengan jelas. Memang sesuai dinamakan Bukit Cahaya.

LADANG UNTA

IMG_0230

Bersama isteri semasa melawat ladang unta

IMG_0232

Minum susu unta yang segar dan baru diperah. Minum di sini adalah percuma tetapi untuk dibawa balik dikenakan bayaran RS 5.00 sebotol.

IMG_1862

Masjid Quba’

IMG_0292

Masjid Sayyidah Fatimah ( Masjid Terapung ) di Jeddah

IMG_0279

Bersiar siar di Bandar Jeddah

IMG_0275

Masjid Ibrahim b. Abdullah Al Jaffali di Jeddah. Ia juga dikenali sebagai Masjid Qisas kerana menjadi tempat perlaksanaan hukum hudud dan qisas

IMG_0284

Replika kapal nabi Nuh. Semasa kami datang replika ini sedang dalam pembinaan

IMG_0286

Suasana di pantai Jeddah pada jam 6.15 petang sewaktu matahari hampir tenggelam. ( hampir Maghrib )

Comments (1) »

MEMORI DI MADINATUL MUNAWWARAH

LADANG KURMA DI MADINAH

IMG_1892

Melawat ladang kurma di Madinah. Kurma Madinah adalah kurma yang ,asyhur di tanah Arah. Kalau kurma Ajwa harganya sangat tinggi sehingga RM 150.00 sekilo.

IMG_1889

berehat minum teh Arab dalam ladang kurma yang disediakan secara percuma kepada para pengunjung

IMG_1896

Kurma segar yang baru dipetik dijual dengan harga RM 15 sekilo. Tapi sebelum beli boleh makan sebanyak mana yang nak dan tidak dikenakan bayaran

LAWATAN KE BUKIT UHUD

IMG_1901

Rombongan kami dihadapan Bukit Uhud. Tempat berlakunya peperangan Uhud.

IMG_1879

Di atas bukit Ramyah tempat tentera pemanah Islam yang diaturkan oleh Rasulullah dalam perang Uhud.

IMG_1872

Kubur Syuhada’ perang Uhud. Dikatakan 70 tentera Islam yang syahid termasuk Saidina Hamzah dikuburkan di sini. Pada masa sekarang kawasan ini dipagar dan pelawat hanya boleh melihat dari luar pagar sahaja.

PERKUBURAN BAQI’E

IMG_0031

Dikatakan lebih 10,000 sahabat dikuburkan di sini termasuk isteri-isteri nabi, cucu dan sahabat baginda yang lain. Mengikut mafhum dari hadith nabi perkuburan Baqi’e adalah ahli kubur yang pertama dibangkitkan di hari kiamat nanti selepas nabi.

Bersama Ustaz Rasman dan Aiman di Perkuburan Baqi'e

Bersama Ustaz Rasman dan Aiman di Perkuburan Baqi'e

Comments (8) »