Archive for Disember, 2010

MELANCONG KE BEIJING, CHINA

Melawat negeri China sudah menjadi idaman saya sejak dibangku sekolah lagi. Terutama bila terngatkan sabda nabi ” Tuntutlah Ilmu Walau Ke Negeri China ” Al Hamdulillah impian ini dimakbulkan Allah S.W.T pada 19 hingga 24 Nov 2010 yang dianjurkan oleh Persidangan Pengetua YIK. ]

Bagi mereka yang mempunyai hobi melancong seperti saya, silalah membaca catatan dan menatap foto yang dipaparkan. Mudah-mudahan membuka minat anda juga ke sana Insya Allah.

Rombongan kami tiba di Beijing Airport jam 6.30 pagi. ( Waktu di China dan di Malaysia adalah sama ). Waktu tiba cuacanya sangat sejuk iaitu 0 celcius.

lawatan pada hari pertama ialah di Medan Tian An Men yang merupakan medan perhimpunan terbesar di dunia. seluas 77 hektar yang boleh memuatkan lebih 1 juta orang dalam satu masa. Medan ini digunakan untuk perbarisan tentera ketika hari kebangsaan China.

Lawatan kedua 19 nov ialah Istana Larangan Maharaja China. Istana ini menjadi singgahsana Maharaja China sejak ribuan tahun lalu. Istana Larangan ini mula dibuka kepada pelancong luar sejak sukan Olimpik Beijing 2008. Sebelum itu dibuka kepada pelawat. Semasa melihat Istana yang sangat Indah itu saya teringatkan cerita dalam Hikayat hang Tuah semasa belajar subjek sastera SPM 80 an dulu.

Bangunan yang menjadi pejabat Maharaja China

Tempayan Emas. Terdapat lebih 300 tempayan emas di dalam Istana Larangan ini. Asalnya tempayan ini disadur emas, tetapi telah dikikis oleh pemberontak dalam peperangan menjatuhkan maharaja China. Termapayan ini diisi air dan digunakan untuk memadam api sekiranya berlaku kebakaran.

” Pokok Kasih Sayang “. pokok yang ditanam ratusan tahun lalu dalam Taman Puteri Maharaja.

Melawat Kilang Jed terbesar di China


Makan tengahari di Restoran Islam

Bersama Imam Masjid Beijing

Mendaki Tembok Besar China

Bergambar dihadapan tulisan yang ditulis oleh Mao Tze Tong bermaksud ” Anda bukan pahlawan jika belum sampai di puncak Tembok Besar China ”

Rombongan bergambar di kaki bukit Tembok Besar China. Panjang Tembok Besar China ialah 5,670 km. Dibina 500 tahun sebelum masehi.

Comments (6) »