Archive for Mac, 2009

ASAL HARI JUMAAT SAJA ADA ORANG MATI

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor…

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut…mungkin makhluk halus ada menetap disitu. Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa org doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur… Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar… pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9….00 am …

tiba-tiba… …..

Pintu bilik ICU itu terbuka…. Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Makcik Timah masuk… mendekati katil keramat tersebut… dan terus mencabut…. soket elektrik untuk alat pernafasan

Advertisements

Leave a comment »

teka teki

Kasi otak bekerja sikit.

1) Kalau kapal terbang masuk gua keluar kat mana?
2) Apa yg masuk straight keluar bergulung?
3) Apa yg masa hidup kita nyanyi, dah mati kita tepuk tangan?
4) Scorpion color apa?
5) Dalam banyak2 kera, kera apa pandai menaip?
6) Apa masa kecik hitam, dah besar putih?
7) Kerusi apa paling jauh?
8) Apa persamaan BAR dan BRA?

Jawapan di bawah (tapi fikir la dulu)

Uish lajunya ko sroll down…:)

Jawapan
1) keluar newspaper
2) Seluar dalam
3) Birthday candle
4) Kala Jengking
5) Kerani
6) Michael Jackson
7) SOFA
8) men go there when they are open (just for laugh)

Leave a comment »

teka teki

Leave a comment »

Silap UMNO kerana bebaskan Anuar

bajaksawahfv41
Pembahas daripada Pulau Pinang Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Umno melakukan kesilapan “kerana membebaskan Anwar” daripada penjara.

“Kesilapan kita kerana membebaskan Anwar Ibrahim, inilah akibat yang kita tanggung hari ini,” katanya ketika membahaskan usul menyentuh ketuanan Melayu dan Pakatan Rakyat.

Demikianlah kebiadapan pembahas dalam perhimpunan Agong pemuda UMNO yang melangkaui bidang kuasa dan tugas sebenar sebagai seorang warga negara yang mesti menghormati maruah dan hak seorang warga negara Malaysia.

Anwar dibebaskan atau ditahan tidak ada kaitan dengan perhimpunan agong UMNO. Ia berkaitan dengan undang-undang dan perbicaraan di mahkamah yang masih diharapkan ada bibit keadilannya.

Ucapan ini seperti menunjukkan mahkamah di bawah telunjuk UMNO?

Leave a comment »

4 perkara

Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:
” Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.

Adapun yang berharga itu ialah…Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.
Maka….
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan
keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di
hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang
diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Wallahualam

Leave a comment »

hon tanda hormat

 

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2. Menaiki kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.

Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?

Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak : Itupun sedara kiter jugak ke bu?

 

 

 

 

Banduan yang bijak

 

Seorang bapa yang kecewa kerana anaknya ditahan ISA kerana dituduh terlibat dengan JI, menulis surat kepada anaknya.

Bunyi begini:
“Ajoi, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang nak tolong bapak mencangkul kebun jagung ini?

Anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. “Bapak, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana,” kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor oleh pihak penjara. Maka keesokan harinya selepas bapanya menerima surat anaknya, datang satu platon tentera .Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut.

Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya. “Ajoi, setelah bapak terima suratmu, datang satu platon tentera mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?”

Si anak kembali membalas surat tersebut, “Sekarang bapak sudah boleh menanam jagung aja, kan sudah dicangkul oleh tentara, dan jangan lupa mengucapkan terima kasih sama mereka.”

Pihak penjara yang menyensor surat ini terus pengsan.

Leave a comment »

Cakap bahasa jepun

 

 

Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, INFLASI, PPSMI dan gossip sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.

01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat – SAYORI

05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO

06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARASUKAMURA

03. Yang bisu – KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi – NANACHI KASIBANYA

08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua – TARAGIGI PADAMOKA

12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab – AYUMI SIPUTBABI

Leave a comment »