Dari Malaysia ke Madinah Munawwarah

Mengerjakan umrah dan ziarah kedua-dua bandar suci sudah menjadi idaman dan impian saya bersama isteri sejak sekian lama. Impian ini terlaksana bila saya ditawarkan oleh syarikat / agen umrah Putra Nilai Holiday Sdn. Bhd. dari Batu Cave, Selangor yang mana kebetulan pengarah urusannya Tuan Hj Razali adalah merupakan rakan sepengajian semasa kami sama-sama belajar di SMU Maahad Muhammadi tahun 1985 dulu di tingkatan 6 .

Catatan dan paparan ini bukan bertujuan untuk menunjuk-menunjuk kepada pihak lain tetapi ianya sekadar memori indah kami sekeluarga dan untuk berkongsi maklumat dengan pembaca yang lain. Saya sediri pada asalnya menyimpan hasrat mengerjakan umrah ini bila membaca sorotan pengalaman dalam blog-blog orang lain. Bila melihat catatan mereka dan foto-foto mereka saya amat teruja dan berdoa alangkah baiknya jika aku juga mendapat peluang seperti mereka. Mudah-mudahan ada insan lain yang terbuka hatinya bila melihat catatan saya ini. Insya Allah

Perjalanan kami bermula pada 30hb Mei 2009 ( Sabtu ) . Kami bertolak dari KLIA jam 1.30 petang ke Jeddah melalui Pesawat PIA ( Pakistan ). Rombongan kami transit di Karachi selama 2 jam dan meneruskan perjalanan ke Jeddah semula jam 7.20 malam dan kami sampai di Jeddah jam 9.30. Dan perjalanan dengan bas dari Jeddah ke Madinah selama 8 jam ( jara lebih kurang 430 km ). akhirnya kami sampai di Kota Madinah Jam 5.00 pagi ( ahad 31Mei 2009 ) .

IMG_1715

Di KLIA sebelum menaiuki pesawat PIA ke Jeddah

IMG_1728

Bersama isteri dalam pesawat penerbangan ke Jeddah

IMG_1752

Rombongan kami sampai di Hotel Harm Madinah jam 5.20 pagi

IMG_1844

Apabila sampai rombongan kami terus dibawa ke Masjid Nabawi Untuk solat subuh. Semasa kali pertama melihat masjid Nabawi saya amat terpegun akan keindahannya. Rasa terharu hingga mengalirkan airmata dan merasakan seakan-akan tidak percaya saya ketika itu berada di hadapan Masjid Nabawi yang menjadi impian selama ini. Ketika itu saya bertanya pada diri apakah yang aku lihat ini betul atau aku sekadar melihar gambar fotonya. Tambahan pula ketika itu cuaca pagi yang cerah dan bercahaya indah. ( seperti foto di atas )

IMG_1769

Us. Razali ( Pengarah Program ) membawa jemaah melawat sekitar Masjid Nabawi

IMG_1852

di hadapan pintu Masjid Nabawi

IMG_0048

Payung Masjid Nabawi sebelum terbuka

IMG_1764

Pasung Masjid Nabawi setelah terbuka

IMG_1761

Dihadapan Raudhah Masjid Nabawi

2 Respons so far »

  1. 1

    anak deli said,

    assalam alaikum, hajjan mabrur wa sa’yan masykur, wa tijaratan lan tabuuuur

  2. 2

    asubja said,

    Terima kasih kerana meluangkan masa layari blog ana. Blog anta pun tak kurang hebatnya.


Comment RSS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: