MELANCONG KE BEIJING, CHINA

Melawat negeri China sudah menjadi idaman saya sejak dibangku sekolah lagi. Terutama bila terngatkan sabda nabi ” Tuntutlah Ilmu Walau Ke Negeri China ” Al Hamdulillah impian ini dimakbulkan Allah S.W.T pada 19 hingga 24 Nov 2010 yang dianjurkan oleh Persidangan Pengetua YIK. ]

Bagi mereka yang mempunyai hobi melancong seperti saya, silalah membaca catatan dan menatap foto yang dipaparkan. Mudah-mudahan membuka minat anda juga ke sana Insya Allah.

Rombongan kami tiba di Beijing Airport jam 6.30 pagi. ( Waktu di China dan di Malaysia adalah sama ). Waktu tiba cuacanya sangat sejuk iaitu 0 celcius.

lawatan pada hari pertama ialah di Medan Tian An Men yang merupakan medan perhimpunan terbesar di dunia. seluas 77 hektar yang boleh memuatkan lebih 1 juta orang dalam satu masa. Medan ini digunakan untuk perbarisan tentera ketika hari kebangsaan China.

Lawatan kedua 19 nov ialah Istana Larangan Maharaja China. Istana ini menjadi singgahsana Maharaja China sejak ribuan tahun lalu. Istana Larangan ini mula dibuka kepada pelancong luar sejak sukan Olimpik Beijing 2008. Sebelum itu dibuka kepada pelawat. Semasa melihat Istana yang sangat Indah itu saya teringatkan cerita dalam Hikayat hang Tuah semasa belajar subjek sastera SPM 80 an dulu.

Bangunan yang menjadi pejabat Maharaja China

Tempayan Emas. Terdapat lebih 300 tempayan emas di dalam Istana Larangan ini. Asalnya tempayan ini disadur emas, tetapi telah dikikis oleh pemberontak dalam peperangan menjatuhkan maharaja China. Termapayan ini diisi air dan digunakan untuk memadam api sekiranya berlaku kebakaran.

” Pokok Kasih Sayang “. pokok yang ditanam ratusan tahun lalu dalam Taman Puteri Maharaja.

Melawat Kilang Jed terbesar di China


Makan tengahari di Restoran Islam

Bersama Imam Masjid Beijing

Mendaki Tembok Besar China

Bergambar dihadapan tulisan yang ditulis oleh Mao Tze Tong bermaksud ” Anda bukan pahlawan jika belum sampai di puncak Tembok Besar China ”

Rombongan bergambar di kaki bukit Tembok Besar China. Panjang Tembok Besar China ialah 5,670 km. Dibina 500 tahun sebelum masehi.

Comments (6) »

TIDAK SEMUA BENDA BOLEH DIBELI DENGAN DUIT …..

DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.

1. Masa

Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak

Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta

Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan

Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan

Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan

Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat

Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik

Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian

Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

Comments (3) »

ULAMAK KASYAF UMNO KUTUK TG NIK AZIZ

Comments (1) »

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU

Tersentuh hati membaca buku ” NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU ” Karang penulis berbangsa Cina yang bersimpati dengan orang Melayu yang telah 53 tahun merdeka.

Kulit Buku karangan Dr Ridhuan Tee

1. Bila berlaku kes-kes pembunuhan yang melibatkan bukan melayu seperti kes Beng Hock orang cina dari DAP, GERAKAN dan MCA bersatu untuk mempertahankannya, parti Melayu juga turut turut tumpang sekaki mempertahankannya. Begitu juga kes ketuk ketapi sambil bogel banduan Cina nov 2005, Menteri Dalam Negeri ketika itu terbang ke China untuk memohon maaf, tapi apa jadi bila diketahui bahawa banduan tersebut sebenarnya wanita Melayu?. Pernah berlaku kes pembunuhan model Melayu Mustakizah Jaafar pada 14 nov 1988. tiada pembelaan dari parti Melayu, apatah lagi parti-parti dari bukan melayu..

2. Bila ada kuil hindu hendak dirobohkan maka berlaku kelam kabut seolah-olah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam, tapi lihatlah sikap orang Melayu bila surau-surau mereka dirobohkan kononya uantuk tujuan pembangunan ( m.s. 4 )

3. Apakah sikap orang Melayu bila mendengar beribu-ribu orang Melayu keluar Islam menjadi murtad. Dalam kes Lina Joey, apa sikap orang Melayu terhadap isu ini?. Dalam kes perebutan mayat saudara baru sejauh mana orang Melayu mempertahankannnya. ( m.s. 5 )

4. Orang Cina di Malaysia amat bertuah kerana mendapat segala-galanya nikmat di negara ini. Dalam bidang pendidikan sekolah cina mendapat peruntukkan berjuta-juta ringgit, tapi sekolah agama rakyat ?.. Di Thailand pada tahun 1930 an semua sekolah cina dihapuskan dan digantikan dengan sekolah Siam. Oleh sebab itu tidak ada beza yang ketara antara orang Siam dengan Cina di Thai. ( m.s. 9 ) Di Malysia buka setakat sekolah tapi orang Cina dan India dapat menubutkan IPT atau Universiti… seperti Universiti Tunku Ab Rahman ( MCA ), Universiti Terbuka Wawasan ( Gerakan ), Kolej New Era ( Dong Jiao Zong ). Asian Institute of Medikal Science and Teknology ( MIC ). ( m.s. 11 )

5. Singapura adalah negeri Melayu yang terlepas ke tangan orang Cina tanpa pertumpahan darah. Apakah sikap kerajaan Sinagapura terhadap orang Melayu ? Berapa ramai orang Melayu dilantik ke jawatan penting kerajaan Singapura.. Kerajaan Siangapura lebih mempercayai orang India dari orang Melayu. Sedangkan di Malaysia orang bukan Melayu bukan saja diberi jawatan penting termasuk menteri kanan dalam kerajaan, Menteri Besar bahkan jalan-jalan pun ditukar kepada nama jalan orang berbangsa Cina.( ms. 12 ) Bahkan Teressa Kok ( Exco kerajaan Selangor ) bercadang untuk mewujudkan bandar Cina di selangor. ( ms. 10 ) Di Pulau Pinang pula baik parti mana pun yang menang hak Ketua Menteri tetap berada dalam tangan orang Cina.

6. Dari segi pembinaan kuil pula orang bukan melayu bebas membina kuil mereka. Sehingga di Bandar Sentol KL dalam jarak 1 KM terdapat 6 buah kuil yang besar dan tinggi. perangkaan kuil dapat dilihat sebagaimana berikut.


( KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN )

7. Dalam pada itu kaum Cina masih tidak berpuas hati lagi dengan pencapaian mereka sekarang. Temu bual dengan Lee Bon Kok 8 jan 2007 menyatakan ungkapan biarlah orang Melayu menguasai politik dan orang cina menguasai ekonomi dan pendidikan sudah tidak relevan lagi. sebaliknya orang cina mesti menguasai politik agar ekonomi orang Cina lebih berkembang lagi. ( m.s. 173 ) Chua Soi Lek pula berkata rakya Malaysia harus menerima bangsa lain menjadi perdana menteri seperti rakyat Amerika menerima Barack h Obama menjadi presiden di USA. ( ms. 113 ) Naib presiden Liow tiong Lai pula mencadangkan ekuit 30 % orang melayu dalam syarikat dihapuskan. jawatankuasa Rayuan Pilihanraya persatuan Cina Malaysia ( Suqiu ) pada tahun 1999 mendesak agar hak istimewa orang melayu dihapuskan sama sekali.

8. Pengambilan penjawat awam jan – jun 2007 menunjukkan bahawa 84.6 % adalah dikalangan orang melayu, orang Cina hanya 1.7 % saja. Ini adalah kerana orang cina lebih berminat dalam sektor swasta dan koperat. Oleh itu tidak hairanlan mengapa amalan rasuah lebih menebal dalam masyarakat Melayu.

9. Orang Melayu banyak makan hati berulang jantung dengan sikap orang Cina. Namun apakan daya… contohnya dalam isu penternakan babi di Selangor. Orang melayu terpaksa hidup menghidu najis babi dan mengunakan air sungai yang dicemari dengan najis babi.

Alahai bangsaku Melayu …

Comments (9) »

beginikah solat sontoh ?

Comments (2) »

PENINGGALAN KAUM YANG PUPUS

KAUM THAMUD
Kaum yang hidup di zaman nabi Soleh Alaihis salam. Dimusnahkan oleh Allah dengan ribut petir kerana menyembelih unta mukjizat nabi Salleh a.s.

FIRAUN

Meninggalkan jasad untuk menjadi pengiktibaran kepada umat akhir zaman.

Comments (1) »

MOTIVASI MENYENTUH KALBU.. TV9

Leave a comment »