Archive for POLITIK

ULAMAK KASYAF UMNO KUTUK TG NIK AZIZ

http://www.youtube.com/v/3b2m5UAyDyw?version=3

Advertisements

Comments (1) »

ANCAMAN & PROVOKASI INDON KEPADA MALAYSIA

Ribuan Relawan Ganyang Malaysia Diberangkatkan Mulai 9 Oktober

Laporan wartawan kompas..com Rosdianah Dewi

JAKARTA, kompas..com – Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) akan memberangkatkan 1.500 relawan ke Malaysia. Langkah ini dilakukan guna mempertahankan kedaulatan dan martabat bangsa. Dan juga untuk melindungi setiap warga negara Indonesia yang berada di Malaysia.

Koordinator Bendera, Mustar Bona Ventura, mengutip Sekretaris Nasional Central Bureau (NCB)-Indonesia, Brigjen Pol Halba Rubis Nugroho, mengatakan setiap hari, satu WNI meninggal di Malaysia. “Dan dalam tiga tahun terakhir, 1.421 WNI tewas di Malaysia karena penyiksaan dan pembunuhan. Hal itu tidak bisa didiamkan. Bendera pasti akan turun tangan dengan atau tanpa ijin” ujar Mustar di Jakarta, Kamis (8/10)

Menurut Mustar, pihak Bendera tidak gentar walau Dewan Keamanan Nasional Malaysia telah menyiagakan keamanan di setiap perbatasan untuk menghadapi kedatangan relawan Bendera.

Bendera tetap akan memberangkatkan para relawan sesuai jadwal awal. Pemberangkatan relawan berjumlah 1.500 ini akan dilakukan secara bertahap melalui jalur masuk yang tidak pernah akan diduga oleh Malaysia. “Bisa melalui jalur udara, darat dan laut. Tapi tidak bisa kita jelaskan secara rinci,” ujar Mustar.

Pemberangkatan pertama dilakukan pada tanggal 9 Oktober. Pada waktu itu, Bendera akan memberangkatkan 200 relawan, dan diperkirakan sampai ke Malaysia pada tanggal 14 Oktober 2009.

Pemberangkatan berikutnya, 125 relawan pada tanggal 11 Oktober, 125 relawan lainnya pada tanggal 15 Oktober, 600 relawan pada tanggal 17 dan 19 Oktober, 400 relawan pada tanggal 22 Oktober. Dan pemberangkatan terakhir pada tanggal 25 Oktober, yaitu 50 tim medis.

Mustar mengaku aksi ini didukung 8.000 Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang berada di Malaysia. “Tercatat 8.000 TKI yang siap bergabung dan mendukung gerilya yang dilakukan oleh relawan Bendera” katanya.

CUBA ANDA LIHA PROVOKASI PUAK INDIN NIH…..

AAAA

amaran indon

amaran indon 1

amaran indon 2

amaran indon 4

amaran indon 5

amaran indon 6

amaran indon 8

amaran indon 9

Comments (6) »

APA KATA TUN DR. M KEPADA CALON BN

Think

1. Saya akui calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang. Di Bagan Pinang, saya percaya siapa juga yang dilantik sebagai calon, besar kemungkinan dia akan menang.

2. Sudah lupakah kita akan pilihanraya kecil di Permatang Pasir di mana calon Barisan Nasional terdiri daripada seorang peguam yang dikatakan terlibat dengan melesapkan duit pelanggannya dan berbohong berkenaan dengan jumlah isterinya? Kempen BN mudah dipatah oleh parti lawan. Apabila ia kalah ramai yang berkata BN harus selidik dahulu latarbelakang calon. BN tidak harus letak calon yang mempunyai latar belakang yang mudah dijadikan isu oleh parti lawan.

3. Imej UMNO sekarang sudah banyak tercemar dengan politik wang semasa pemilihan Majlis Tertinggi. Boleh dikatakan hampir semua yang dipilih terlibat dengan rasuah.

4. Sesungguhnya orang ramai tidak lagi hormati UMNO. Dan besar kemungkinan mereka tidak akan undi calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13.

5. Imej ini boleh diubah jika UMNO secara serius cuba bertindak membersihkan dirinya. Yang rakyat lihat ialah janji akan terus bertindak terhadap yang terlibat dengan penggunaan wang dalam pemilihan Majlis Tertinggi tidak dikotakan. Sebaliknya banyak tanda-tanda yang menunjuk yang kotor diterima juga. Jika yang dipilih sebagai calon di Bagan Pinang tidak bersih maka persepsi rakyat terhadap UMNO sebagai parti rasuah tidak akan berubah. Ia akan mempunyai kesan buruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

6. Memang benar saya disingkir daripada UMNO dan kemudian diterima balik dan dicalonkan dalam Pilihanraya Umum 1974. Tetapi saya tidak disingkir kerana jenayah rasuah. Saya disingkir kerana saya telah suarakan pendapat ramai ahli parti yang tidak senang dengan dasar Presiden ketika itu.

7. Demikian juga beberapa orang ahli Semangat 46 telah diterima balik, dicalon dan ada yang dipilih menjadi menteri. Mereka bukan diambil tindakan disiplin kerana rasuah atau politik wang. Kesalahan mereka bukan satu jenayah. Sebaliknya tindakan mereka disebabkan perbezaan pendapat politik dengan kepimpinan parti.

8. Tidak ada persamaan di antara kes saya dengan kes tindakan tatatertib keatas seorang yang menggunakan wang untuk mendapat jawatan dalam parti.

9. Jika ahli UMNO utamakan orang tertentu lebih daripada parti dan penerimaannya oleh masyarakat, janganlah hairan jika UMNO sekali lagi ditolak dalam pilihanraya umum.

10. Sebenarnya penolakan UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-12 disebabkan kebanyakan ahli UMNO terus menyokong pemimpin yang tidak disukai oleh rakyat. Oleh kerana ahli UMNO tidak bertindak menukar pemimpin yang tercemar dengan rasuah dan nepotisme, maka rakyat sebagai pengundi terpaksa bertindak mengalahkan BN dan UMNO di banyak kawasan.

11. Kalau sayang pada parti, janganlah begitu utamakan individu tertentu sehingga imej parti tercemar lagi. Korbankanlah sedikit supaya akhirnya parti dapat dipulih semula.

KOMEN-KOMEN YANG DITERIMA

1. By Adam on September 30, 2009 6:01 PM
Wakil Rakyat sepatutnya adalah manusia yang terbaik dikalangan rakyat setempat untuk mewakili mereka. Mesti ada sifat amanah, ikhlas dan boleh berkhidmat dengan cemerlang. Jangan taksub kepada Parti seperti kebanyakann orang PAS.

Answer;

Ya, Saya setuju sangat dengan Saudara, jangan taksub sangat kepada parti seperti kebanyakan orang UMNO juga.

2. By hajime on September 30, 2009 3:11 PM
salam…

HAHAHAHAHA… nak tergelak saya bila ada orang UMNO sendiri kata kat tun yg tun pun sama je.. kena buang parti..

orang tu memang buta sejarah la… ntah2, sejarah spm gagal (dapat f)…

tun kena singkir sebab tun berani suarakan pendapat dan ketidakpuashatian ahli umno yang lain terhadap pucuk pimpinan..

yg sorang lagi tu kena gantung.. sebab kes beli undi.. gila kuasa, gila popular, gila harta.. yg sorang ni sebenarnya dh potong jln org lain.. org yg patut jadi naib presiden..

orang yang kata tun pun kena buang dulu tu, tanpa selidik sebab apa dan bandingkan dengan yg sorang lagi tu, saya cadangkan kita kalung je selipar.. hahaha..

3. By idea2009 on September 30, 2009 1:27 PM
Komen saya adalah kalau pilih Tan Sri Isa untuk calon BN,BN masih belum belajar dari kesilapan lalu. BN is going to lose in the next general election, that’s what is going to happen. I would like to tell off Tan Sri Isa Samad to please back off and fade away….. Please do not be another Dr. Chua Soi Lek who was literally caught with his pants down. If Tan Sri Isa Samad loves UMNO as he claims, he must go now….

4. By razak09 on September 29, 2009 11:35 PM
Salam Tun Mahathir,

Selepas pemilihan Tan Sri Isa Samad Sebagai Calon Bagan Pinang ni.
Kalau Tan Sri Isa Samad menang besar ke apa ke ?

Pilihan raya yang Ke 13 orang UMNO akan lenyap dalam Malaysia ni.

Mengapa dipilih orang yang sememang nama dah kotor ni ?

Saya berumur 30an dan rakan – rakan sebaya saya semua sokong PR.
Mereka cakap orang UMNO memang rasuah dan INI LAH BUKTINYA.

Kesian kepada Tun Mahathir cuba untuk membersihkan UMNO tetapi orang UMNO lain masih mengotorkannya.

Semoga Tun Mahathir sihat selalu.
5. By moneyfromfantasy on September 29, 2009 9:52 PM
Kesilapan terbesar UMNO adalah takut utk lakukan pembaharuan..Dpt di lihat UMNO begitu mengamalkan divisi..Jurang antara Org lama UMNO dgn Org baru Umno begitu ketara..Tidak hairanlah ramai anak-anak muda menyertai pakatan rakyat..Kebanyakan org2 muda tidak di beri peluang dlm tampuk kepimpinan dlm UMNO sendiri..Jelas UMNO sendiri yg tidak mahu berubah..

6. By Hajar on September 29, 2009 8:48 PM
Salam YAB dan Di Kasihi Tun,

Tun, minta laluan…
Saudara/i Bingo, terima kasih kerana sependapat dengan saya.

Namun demikian, nampaknya penduduk Bagan Pinang & BN masih lagi TIDAK MAHU BERUBAH. Mereka masih lagi mahu menyokong calon yang sudah terang-terangan akan menjadi LIABILITI kepada BN/UMNO. Inilah yang dikatakan, TIADA BEBAN BATU DI GALAS. BN/UMNO masih lagi tidak belajar dari kesilapan lampau. Orang yang paling tidak bijak ialah orang yang sentiasa melakukan kesilapan yang sama berulang-kali. Biarkanlah..

Sekurang-kurangnya Tun Dr. Mahathir sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk menasihati (secara percuma) kerajaan BN & UMNO. Harapan saya Tun tidak bersedih dengan KEDEGILAN dan KEBODOHAN yang ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin BN/UMNO & juga penyokong tegar Tan Sri Isa Samad. TUN SUDAH MELAKUKAN YANG TERBAIK. Saya amat menyanjungi Tun.

** Semoga Tun sekeluarga dirahmati Allah SWT **

Sumber : chedet.co.cc

Tan Sri Isa Samad

ugutisa

Leave a comment »

Replika Najib Di Batu Caves

replika najib di batu caves

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Para pengikut Kelab Maya Umno (Mykmu) sedang bertempur sesama sendiri ekoran terbinanya patung raksaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Batu Caves sempena lawatan beliau ke sana semalam.

Patung itu, menurut saksi, lebih besar dari gambar besar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibina di situ tahun lalu.

Yang menjadi isu adalah, ketika gambar Anwar dinaikkan pada Oktober tahun lepas, para pemimpin Umno melalui medianya secara besar-besaran mengutuk PKR yang menaikkan patung itu sehingga ia diturunkan semula.

Antaranya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan pembinaan replika gergasi gambar Anwar di Batu Caves merupakan satu simbol yang memperlihatkan parti itu mendewakan pemimpinnya.

Beliau menegaskan adalah lebih baik wang yang digunakan untuk membinan replika tersebut digunakan untuk membantu rakyat yang miskin.

“Saya nak tanya pada PAS, apakah pembinaan replika Anwar ini diluluskan oleh PAS,” katanya.

Namun, kini patung Najib pula yang dinaikkan di situ.

Dipetik dari Siasahdaily.blogspot.com

replika najib 1

Replika Najib didirikan sebelah patung hindu.
Apa pula fatwa mufti kali ini ?

Replika Anwar

Replika Anwar Ibrahim yang menjadi kecaman UMNO dan dan para mufti pada tahun lepas ( 2008 )

Leave a comment »

RUMAH PEMIMPIN KITA

rumah azizan mb kedah

Rumah Dato Seri Azizan MB Kedah

20070627-Nik_Aziz_House2

Rumah MB Kelantan TG Dato’ Nik Aziz

rumah khir toyo

Rumah Bekas MB Selangor Khir Toyo

sumber : Malaysiasensasi.blogspot

Comments (2) »

TPM Punya Motokar

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN...Kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya di sini, semalam, selepas menziarahi jenazah Puan Sri Laila Taib. Laila, 68, meninggal dunia pada 3.45 petang semalam.

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN...Kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya di sini, semalam, selepas menziarahi jenazah Puan Sri Laila Taib. Laila, 68, meninggal dunia pada 3.45 petang semalam.

Ketika berdentung dentang para pemimpin Umno bercakap soal penggunaan kereta rasmi Proton Perdana, kereta rasmi Timbalan Perdana Menteri adalah Roll Royce. Foto BERNAMA.

Leave a comment »

Puteri Umno Ngaji Quran

aaa

Leave a comment »