MELANCONG KE BEIJING, CHINA

Melawat negeri China sudah menjadi idaman saya sejak dibangku sekolah lagi. Terutama bila terngatkan sabda nabi ” Tuntutlah Ilmu Walau Ke Negeri China ” Al Hamdulillah impian ini dimakbulkan Allah S.W.T pada 19 hingga 24 Nov 2010 yang dianjurkan oleh Persidangan Pengetua YIK. ]

Bagi mereka yang mempunyai hobi melancong seperti saya, silalah membaca catatan dan menatap foto yang dipaparkan. Mudah-mudahan membuka minat anda juga ke sana Insya Allah.

Rombongan kami tiba di Beijing Airport jam 6.30 pagi. ( Waktu di China dan di Malaysia adalah sama ). Waktu tiba cuacanya sangat sejuk iaitu 0 celcius.

lawatan pada hari pertama ialah di Medan Tian An Men yang merupakan medan perhimpunan terbesar di dunia. seluas 77 hektar yang boleh memuatkan lebih 1 juta orang dalam satu masa. Medan ini digunakan untuk perbarisan tentera ketika hari kebangsaan China.

Lawatan kedua 19 nov ialah Istana Larangan Maharaja China. Istana ini menjadi singgahsana Maharaja China sejak ribuan tahun lalu. Istana Larangan ini mula dibuka kepada pelancong luar sejak sukan Olimpik Beijing 2008. Sebelum itu dibuka kepada pelawat. Semasa melihat Istana yang sangat Indah itu saya teringatkan cerita dalam Hikayat hang Tuah semasa belajar subjek sastera SPM 80 an dulu.

Bangunan yang menjadi pejabat Maharaja China

Tempayan Emas. Terdapat lebih 300 tempayan emas di dalam Istana Larangan ini. Asalnya tempayan ini disadur emas, tetapi telah dikikis oleh pemberontak dalam peperangan menjatuhkan maharaja China. Termapayan ini diisi air dan digunakan untuk memadam api sekiranya berlaku kebakaran.

” Pokok Kasih Sayang “. pokok yang ditanam ratusan tahun lalu dalam Taman Puteri Maharaja.

Melawat Kilang Jed terbesar di China


Makan tengahari di Restoran Islam

Bersama Imam Masjid Beijing

Mendaki Tembok Besar China

Bergambar dihadapan tulisan yang ditulis oleh Mao Tze Tong bermaksud ” Anda bukan pahlawan jika belum sampai di puncak Tembok Besar China ”

Rombongan bergambar di kaki bukit Tembok Besar China. Panjang Tembok Besar China ialah 5,670 km. Dibina 500 tahun sebelum masehi.

6 Respons so far »

  1. 1

    suraini said,

    wah bestnye. saya akan kesana pada bulan mei 2011 iaitu pada musim bunga. agaknye perlu ke membawa pakaian sejuk?

  2. 2

    insan said,

    hadis tuntutlah ilmu smpai ke negeri china 2 hadis palsu..

    sekadar memperingati..

  3. 3

    shahril said,

    sy bercadang membawa keluarga sy isteri dan anak prempuan sy brumur 3 bulan pada tahun br ini… soalan bleh kh sy membawa mereka bersama..

  4. 4

    shahril said,

    berapa kah kos untuk 3 org disan untuk 3hari 2 mlm..

  5. 5

    Dalam tahun ini saya akan kesana iaitu pada 28.6.2013 saya belum tahu lagi apakah musim disana pada waktu ini…saya memang dah juga bbercita-cita mau ke negara China yang banyak cerita kehebatan para cendikiawannya itu..InshaAllah semoga cita-cita saya kesana akan tercapai..

  6. 6

    wan zaidi said,

    jangan sampai dipaksa beli jade,sutera dan mcm mcm


Comment RSS

Tinggalkan komen