Siapa ulama palsu ?

Antara maksud hadith ( dalam cerita mikraj rasul s.a.w ) ialah akan ada dikalangan umatku nanti di akhir zaman khutaba’ fitnah.

1. Pengajian sifat 20 ini adalah lahir selepas abad ke tiga hijrah. sebelum itu tidak memerlukan pengajian sifat 20 kerana zaman sahabat mereka telah memahami hadith nabi ” اول الدين معرفة الله ” ( awal-awal dalam agama ialah mengenal Allah. begitu juga ayat al Quran dalam surah muhammad ” فاعلم أنه لا اله الا الله ” . Mereka mengenali Alllah melalui zauk bukan pembelajaran seperti kita di akhir zaman.

2. Zaman sahabat juga tidak perlu mempelajari sifat wajib bagi nabi kerana mereka mengenali nabi Muhammad lebih dari mengenali anak mereka sendiri. Mereka telah melihat nabi dengan mata kepala mereka sendiri. Begitulah zaman tabien mereka telah mengenali nabi dari sahabatnya sendiri.

3. Pada abad yang ke 2 dan 3 hijrah telah menularnya fahaman aqidah yang salah dari puak muktazilah. sehingga mereka mengatakan al Quran itu makhluk.. Allah mempunyai tangan ( puak mujassimah ). yang baik itu dari allah dan Allah tak membuat perkara yang buruk dan sebagainya.

4. Ulama sunnah seperti Abu Hassan al Asyari dan al Maturidi telah bertungkus lumus melawan puak muktazilah ini yang diketuai oleh Al Jubaei ( bapa tiri hasan al asyari ). Beliau telah menggunakan satu kaedah atau cara untuk menolak fahaman muktazilah ini termasuklah membuat huraian terhadap sifat Allah.

5. Sifat 20 bukan bermaksud hanya sifat 20 itu sajat sifat Allah. Sifat kesempurnaan Allah tak terhingga banyaknya. Cuma pendapat ulama ahli sunnah dari dahulu hingga kini mengatakan jika kita memahami 20 sifat wajib dan 20 sifat mustahil dan 1 sifat harus bagi Allah sudah cukup untuk makrifatullah bagi kita orang awam. bagi orang yang berada di maqam yang lebih tinggi seperti maqam fana’ mereka ini tidak memerlukan sifat 20 sebab mereka telah mengenali Allah lebih dalam dari itu.

6. Menentang pembelajaran sifat 20 bermakna kita telah menolak ulama’ dahulu seperti syeikh Daud fatani yang mengarang kitab Fardatul Faraid, Syeikh abdullah Jamburi dll. Adakah silap ulama yang mengarang kitab Bakurah amani, Kifayatul Awam, jauharatul Tauhid, Usul Tahqiq, Aqidatul Najin dll. Ulama ini mempunyai pengalaman anatara 30 hingga 60 tahun dalam pengajian ilmu tauhid. Kalau kita dah merasakan diri kita bijak karanglah satu kaedah baru bagaimana nak mengenal Allah, tulislah kitab-kitab usuluddin agar dapat kita membuat kajian.

7. Video pertama menyatakan kitab dulu hanya membataskan mengenal sifat Allah dan rasul sahaja . Cara lagu mana nak buat ibadah di abaikan. dan pembelajaran sifat 20 membuang masa saja.. orang yang belajarnya perlu bertaubat dan kembali kepangkal jalan… maknanya ulama yang mengarang kitan sifat 20 juga sesat. Mereka ini mengajar ilmu. menyebar ilmu, menulis kitab bukan untuk mencari kesenagan dunia, bukan cari pangkat, seperti kitab faridatul faraid yang harganya hanya RM 1.50 yang di karang oleh Syeikh Daud Fatani tidak boleh memberi kekayaan kepada diri dan anak cucunya.

8. Penceramah ini jelas tidak mempelajari kitab sifat 20 dari guru yang mursyid. sebaliknya dari pembacaan sahaja. Beliau sanggup mengatakan sampai mampos pun tak pandai belajar cara macam ni.. Habis cara belajar di universiti sekarang ni boleh mengajar usuluddin atas masjid… Saya sendiri berkelulusan Usuluddin dari UM merasai sendiri betapa dangkalnya ilmu jika tidak melaului guru yang bertaraf ulama di luar universiti.. jangan ingat bila kita ada ijazah kita bijak, kita tahu bahasa arab kita pandai… Jangan ingat bila kita ada BA. MA atau Phd. taraf kita dah mengatasi ulama ulama silam seperti Syei Abdullah Jamburi ( Pengarang kItab Pati Faridah ) yang berpengalaman mengajar 30 tahun di masjidil haram.

9. Sepanjang pengalaman saya mengaji kitab-kitab usuluddin sperti di atas tak pernah jumpa pula kitab yang membincangkan tuhan itu ada anak… Bab qudrat Ta’luk tanjizi qadim, suluhi qadim sebenar untuk membezakan kuasa tuhan dengan kuasa makhluk… bukan nak bincang pasal tuhan tu ada anak ke tidak… kan dalam sifat 20 tu ada sifat tidak menyerupai makhluk ” مخالفته للحوادث ” . Dalam sifat 20 juga tidak bincang hakikat zat tuhan…

10. Cara nak buat ibadah dibincang dalam ilmu feqah… cara nak mengenal sifat tuhan, kenabian, sam’iyat dalam ilmu tauhid, cara nak baiki hati, taubat, sifat mazmumah dan mahmudah di bincang dalam ilmu tasauf. setiap bidang dah ada sudut perbahasannya.. ulama dah bahagi siap.. tugas kita kena belajar je… Kalau ikut cara penceramah tu huru haralah ilmu ni cara nak solat, nak tayammum pun bincang dalam ilmu tauhid juga…

11. Pembelajaran sifat 20 telah menjadi sukatan peajaran bukan sahaja di malaysia tetapi juga di al Azhar. Bahkan kitab tauhid yang digunanakan dalam sukatan peperiksaan SMU di sekolah YIK Kelantan dan sekolah-sekolah agama lain dari al Azhar. contohnya kitab Tauhid juz 2 ( sukatan tingkatan 2 di sekolah YIK ) adalah membincangkan sepernuhnya sifat 20. Kalau pembelajaran ini sesat bermakna 200 ribu pelajar sekolah agama rakyat di Malaysia ini mempelajari ilmu sesat….

12. Tohmahan ini amat bahaya.. Lani orang kata mengaji sifat 20 sesat… sikit lagi akan ada pula orang kata ngaji sifat 20 ajaran sesat macam ajaran Ayah Pin pulak … Nauzubillah

Ustaz dalam video di atas ialah Fathul Bari b. Mat Jahaya ( Anak bekas Mufti Perlis ). Pada baru-baru ni telah mengisyiharkan diri bersama 40 ulama muda yang lain untuk masuk UMNO. Lihat temu bual dalam Sinar Harian Edisi timur selasa 3 Ogos 2010.

Sila lihat blog berkaitan untuk tambahan :
http://izharsunnah.blogspot.com/2008/02/dengan-nama-allah-yang-maha-pemurah.html
http://www.malaysiakini.com/news/117350
http://www.malaysiakini.com/news/136465
http://jihadwahabi.blogspot.com/2008/05/awas-virus-detected-fathul-bari-vs-aswj.html

Fikirkan sendiri...

Hebat sungguh Dr Asri ni.. Semua ulama tersohor masa silam sesat dalam bidaah... paling hebat Buku karya agung Hujjatul Islam al Imam Ghazali r.a. " IHYA' ULUMIDDIN " juga banyak menggunakan hadith palsu ( maudu' ) .. yang hebatnya dia kata mungkin imam Ghazali tak tahu yang hadith tu hadith palsu... sedangkan Dr Asri pula dapat menilai jenis-jenis hadith samada palsu atau tidak ... Kalau ( andaian saja ) Al Ghazali masih hidup sekarang mungkin dia terkejut besar kerana ada lagi orang yang hebat darinya macam Dr. Asri ni.

DR ASRI PERLEKEH ULAMA PONDOK DAN PENGAJIAN SIFAT 20

APAKATA DR ASRI BERKENAAN ORANG BELAJAR MESIR

5 Respons so far »

  1. 1

    abe said,

    salam…
    maaf..sori ye… sekurang2nya, diaorg belajar agama… u belajar ke? layak ke u ckp org ulama palsu? cukup ke ilmu di dada?
    maaf bertanya ye…

  2. 2

    asubja said,

    Nak kata alim tidaklah.. tapi pernah melalui dua alam pengajian.. pengajian pondok dan pengajian agama ( Usuluddin ) diperingkat universiti.. sepanjang pengajian kitab pondok ( Aqidah ) yang saya lalui bersama guru contoh kitab 1. Faridatul faraid 2. Usul Tahqiq 3. Jauharatul Tauhid 4. Kifayatul Awam 5. Aqidatun Najin dll. Jauh benar dengan hujjah yang mereka berikan. Semasa saya mula keluar U ( 1992 ) dulu berpandangan gitu juga.. beranggapan pengajian kitab pondok membawa kita mundur kebelakang, tiada nilai ekonomi , guru pondok hanya mahir 2, 3 buah kitab saja.. Tetapi setelah mendalami dan mempelajari setiap kita sehingga khatam barulah kita dapat membezakan yang hak dan batil…

  3. 3

    x said,

    Inilah cabaran akidah generasi sekarang. Macaman nak mempertahankan akidah ASWJ, yang memperlekeh bukan orang awam tapi mufti. Hingga kalau dia bercakap Allah bertangan pun orang mengganguk saja. Majlis fatwa tak berani nak menghalang penularan ajaran mujassimah… takut tak dapat pergi Mekah.

  4. 4

    al-Fateh said,

    tp org yg diperlekehkan 2 lbh hebat dari “mufti” kononnya…

  5. 5

    JK said,

    puak wahhabi ni ilmu tak setara mana tapi ckp je lebih…org mcm ni jauhd ari Tuhan…mereka hanya tahu akan ilmu tetapi tdak dapat manfaat dari ilmu


Comment RSS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s