Teknik Memuji Berkesan

Manusia mudah nampak keburukan seseorang tetapi kurang peka dengan kebaikan yang ditunjukkan. Sebab itulah ibu bapa lebih banyak menegur, memarahi dan menasihati kesilapan anak-anak mereka berbanding memuji kebaikan-kebaikan mereka. Seorang ketua lebih kerap menegur orang bawahannya berbanding memuji kebaikan yang ada. Seorang sahabat bermasam muka dengan kesilapan sahabatnya dan lupa kebaikan-kebaikan yang dicurahkan selama ini.

Kalau kita mahu lahirkan seorang insan cemerlang sama ada dia seorang anak, rakan mahukan orang bawahan maka kita perlu suburkan kebaikan dalam diri mereka. Salah satu cara menyuburkan kebaikan ialah dengan memuji kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan agar mereka seronok mengulangi lagi kebaikan ini dilain masa.

Berikut adalah cara memuji yang berkesan:

1. Disegerakan

Pujian mestilah disegerakan dan paling berkesan ialah ketika sesuatu kebaikan itu sedang dilakukan. Misalnya kalau kita lihat anak kita tiba-tiba datang rajinnya menolong kita di dapur sedangkan selama ini bila dipaksa baru mahu buat maka pujilah sedikit anak itu, “Haaa… macam ni lah anak mak, cepat kerja-kerja ni siap bila adik mahu bantu mak”. Ia akan lebih berkesan lagi apabila ketika itu ada juga orang lain selain kita di situ.

2. Ikhlas dari hati

Orang dapat membaca sejauh mana kita ikhlas apabila memuji mereka. Oleh itu, biarlah puji-pujian itu datang daripada hati agar ia benar-benar dihargai. Jangan memuji dengan nada menyindir kerana ia akan menyakitkan hati orang tersebut. Kalau orang yang dipuji itu berada hampir dengan kita tepuk-tepuklah bahunya sedikit sebagai bukti kita benar-benar seronok dengan tingkah lakunya.

3. Puji secara spesifik

Puji-pujian pula biarlah dibuat secara spesifik bukan secara umum. Misalnya, apabila anak kita tunjukkan sebuah lukisan yang dihasilkannya, tidak cukup dengan berkata “wahh, cantik lukisan adik!”. Tetapi nyatakanlah dengan lebih specifik apa yang cantiknya, misalnya “wahh, cantik lukisan adik! Mak suka adunan warna yang adik gunakan”. Atau pun “wahhh, cantik pokok yang adik lukis dalam gambar ini”. Begitu juga apabila anak kata dia ada peningkatan dalam markah yang diperolehi dalam peperiksaan baru-baru ini. Sebagai ibu bapa, kita minta anak tunjukkan markah-markah itu dan kita puji secara spesifik. Misalnya, “Syabas, kakak dah ada peningkatan dalam markah Sejarah dan Matematik. Bahasa Inggeris ni pula tidak mengapa, teruskan lagi usaha kakak seperti yang kakak lakukan dalam dua subjek tadi”. Apabila kita memuji secara spesifik maka orang yang dipuji tahu bahawa kita memang memberikan perhatian terhadap apa yang mereka tunjukkan. Mereka juga sedar bahawa puji-pujian tersebut bukan sekadar untuk ambil hati.

4. Realistik dan tidak keterlaluan

Adalah penting bagi kita memuji sesuatu yang benar dan bukan atas sesuatu yang sengaja kita ada-adakan. Jangan juga memuji dengan cara yang keterlaluan hingga ketara yang pujian itu sengaja dibuat-buat. Yang penting adalah bersederhana dalam memuji agar orang yang dipuji itu tidak rosak akhlak dan peribadinya kerana termakan pujian. Berkata benarlah dalam mengeluarkan puji-pujian kerana ia melambangkan keluhuran hati kita sendiri.

5. Tidak disulam dengan kata-kata negatif

Apabila memuji jangan disusuli pula dengan ungkapan-ungkapan yang negatif.
Misalnya:
“Amboi, kemasnya bilik adik sekarang, alangkah baiknya kalau sejak dulu lagi macam ini”.
Kata-kata ‘alangkah baiknya kalau sejak dulu lagi macam ini’ itu adalah kata-kata negatif yang tidak sepatutnya diungkit lagi ketika memuji.

“Macam ni lah yang saya mahukan dari pekerja saya, hasilkerja yang kemas dan rapi tapi jangan setakat seminggu dua sudahlah”.

Kata-kata ‘tapi jangan setakat seminggu dua sudahlah’ adalah negatif.
Kalau sudah dipuji tu puji sahajalah dan tidak perlu untuk mengungkit atau mengandaikan perkara yang buruk-buruk lagi. Sebab setiap pujian yang disulam dengan kata-kata negatif menunjukkan bahawa kita tidak seratus peratus ikhlas. Lebih malang lagi orang yang dipuji itu tidak akan mengulangi kebaikan yang dilakukan kerana merasakan kebaikan tersebut tidak dihargai. Tidak ada sesiapa pun yang tidak suka dipuji oleh itu kita sebenarnya bertindak bijak dengan memberikan apa yang mereka harapkan lebih-lebih lagi jika kita seseorang yang lebih dihormati oleh mereka.

1 Response so far »

  1. 1

    ndia said,

    ..t.ksih,sgt brguna..mntk izn cpy yee… tQ.. =)
    djdikn pnduan..


Comment RSS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: