Elaun Agong, PM,MP & ADUN

ELAUN PERMAISURI AGONG, MENTERI, WAKIL RAKYAT ‎

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja
‎1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong.
Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri
masing masing.

‎1. Privy Purse – RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
‎2. Elaun keraian – RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
‎3. Elaun diraja Istana Negara – RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

‎1. Privy Purse – RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
‎2. Elaun keraian – RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk
perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown
nya adalah seperti berikut

‎1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
‎2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Anda tau tak wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar
setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong.
Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana
Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri
Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan, macam Sultan
Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia
juga dapat elaun bekas Agong.

‎1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan.
‎2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500
sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just
imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong
dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia
tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas
ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi
Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway,
ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja
Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

‎1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
‎2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal
RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan
maintenance of car.
‎3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal
RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan
negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini
contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama
juga amount nya.

‎1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan.
‎2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak
RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

‎1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
‎2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda – RM13,000
Raja Puan Muda – RM5,200
Tunku Bendahara – RM4,000
Bini Tunku Bendahara – RM1,250
Tunku Temenggung – RM3,500
Isteri Tunku Temenggung – RM900
Tunku Laksamana – RM3,000
Isteri Tunku Laksamana – RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh
macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat
jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat
allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005
‎.

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri – RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri – RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet – RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet – RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen – RM7,187.40

Ahli Dewan Negara – RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) – RM4,112.79

So, contohnya macam Pak Lah… dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri
Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so
monthly income dia ialah

‎= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
‎= RM56,753.84.

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
‎1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP
satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2,056.40. Lagi lama
jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
‎1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)‎
‎( Sumber : Isu hangat.blogspot 17 sept 2007 ) ‎

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: